Nunc rutrum nunc in enim bibendum at pellentesque est pellentesque. Pellentesque sodales bibendum elit non pulvinar. Mauris fermentum lectus ac risus dapibus cursus eu non ipsum.

  • Example Title 1

    Replace this sample description with your own description. A free premium template by NewBloggerThemes.com.

  • Example Title 2

    Replace this sample description with your own description. A free premium template by NewBloggerThemes.com.

  • Example Title 3

    Replace this sample description with your own description. A free premium template by NewBloggerThemes.com.

    Monday 31 December 2012



    001Kita mungkin menghadapi masalah apabila berhadapan dengan orang yang baru bersama-sama dengan kita, sama ada di tempat kerja atau di kawasan kejiranan. Mungkin ada di kalangan mereka yang baru berjinak-jinak mengenali agama. Usia mereka masih hijau di dalam beragama. Orang-orang seperti ini biasanya datang membawa apa yang telah mereka praktikkan selama ini, yakni adat seperti amalan membaca yasin beramai-ramai pada malam Jumaat, upacara tahlilan, dan seumpamanya.
    Akan berlaku kejutan budaya ke atas mereka apabila mereka pergi ke masjid-masjid yang jemaahnya berbilang budaya contohnya seperti di luar negara yang masyarakatnya tidak terikat atau tidak taksub kepada satu mazhab fikah tertentu. Sesetengah orang mungkin terkejut apabila melihat cara solat yang sedikit berbeza dari kebiasaannya. Antaranya seperti tiada bacaan qunut di dalam solat subuh, tiada zikir secara jahar (mengeraskan suara) dan beramai-ramai selepas solat.
    Apabila mereka berhadapan dengan situasi tersebut, manusia ini ada yang sikapnya suka bertanya. Ada pula yang tidak mahu bertanya dan terus membuat kesimpulan dan hukuman. Baginya apa yang berbeza dengan amalannya adalah salah, yang berbeza adalah golongan yang menganut ajaran-ajaran tertentu dan yang seumpama dengannya.
    Saya lebih suka fokus kepada kelompok yang minat bertanya. Saya akan kaitkannya dengan metodologi dalam kita berdakwah dan mendekatkan orang kepada kefahaman tentang Islam. Kita boleh ringkaskannya dengan firman Allah SWT,
    اُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ أَحْسَنُ
    Maksudnya: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (surah An-Nahl, 16: 125)
    Empat poin di dalam ayat tersebut merupakan saranan Allah SWT kepada para da’i (pendakwah) sebagai persediaan untuk mengajak manusia menerima kebaikan. Setiap muslim perlu melihat dirinya sebagai da’i walaupun baru belajar dua tiga perkara. Mungkin hanya dua tiga perkara yang baru diketahui. Akan tetapi, kita perlu ingat bahawa kita bertanggungjawab menyampaikan perkara-perkara tersebut. Sabda Nabi SAW yang dinukilkan di dalam sepotong hadis,
    بلغوا عني ولو آية
    Maksudnya: “Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.” (riwayat Bukhari)
    Masalah da’i pada hari ini ialah ketika menyampaikan sesuatu ilmu mereka terlupa bahawasanya mereka adalah da’i. Dengan ilmu yang terbatas, da’i seperti kita berdakwah di dalam skop yang kecil, bukan dakwah di dalam skop yang luas, apatah lagi sebagai ahli ilmu atau sebagai ulama. Tetapi walaupun kita bukan ulama, kita adalah penuntut ilmu di mana kita memperolehi beberapa perkataan-perkataan Nabi SAW, beberapa penghujahan-penghujahan di dalam agama yang kita ketahui dan boleh sampaikan. Setelah kita melihat diri sebagai da’i, hendaklah kita teliti empat perkara yang disebutkan di dalam firman Allah SWT tadi.
    Pertama: Serulah manusia ke jalan Tuhanmu.
    Kita harus sedar ke arah mana kita mengajak manusia. Apakah mengajak manusia agar mengikuti kita atau mengajak manusia mengikuti Allah SWT. Yang memberikan tekanan kepada dakwah adalah apabila para da’i mengharapkan manusia mengikuti mereka. Sedangkan tugas da’i adalah berdakwah, menyampaikan sesuatu kepada manusia, menegur dan menasihati manusia agar mengikuti Allah SWT dan kembali kepada Allah.
    Ini isu serius kerana ia membabitkan keikhlasan. Apabila kita mula menyeru manusia kepada diri kita, kita sebenarnya sedang membina empayar. Empayar mesti mempunyai Raja. Ustaz itulah Rajanya. Dari situ mula terbit seruan-seruan seperti “Jangan pergi kelas orang itu, jangan pergi kelas orang ini.” Dia mahu manusia hadir ke kelasnya sahaja.
    Membina empayar merupakan masalah di dalam penyebaran ilmu. Al-haq (kebenaran) boleh datang daripada sesiapa, hatta daripada syaitan sekali pun. Cuma oleh kerana kita dinasihatkan berhati-hati seperti mana Nabi SAW dan para sahabat RA berhati-hati, memilih guru amatlah penting. Nabi SAW bersabda, Maksudnya: “Ambillah ilmu itu daripada al-akabir.”
    Kata Abdullah ibn Mas’ud RA, yang diertikan dengan al-akabir merujuk kepada al-ulama. Al-ulama yang pernah kita bahaskan di dalam perbahasan yang lain adalah pewaris para Nabi di mana para Nabi mewariskan ilmu kepada mereka. Oleh kerana itu kita perlu memilih guru, tidak boleh semberono pergi ke satu tempat dan kita ambil ilmunya, kemudian ke tempat lain mengutip ilmu yang lain pula. Semua ilmu ingin dikutip dan kemudian ia bercampur antara yang haq dan batil. Ini adalah cara yang salah dalam pengambilan ilmu kerana agama bukan rojak. Agama yang murni ini perlu diterima daripada orang yang benar-benar punyai kredibiliti, yang benar akidahnya, serta benar juga manhajnya di dalam beragama.
    Terdapat dua faedah yang boleh dikutip daripada pelajaran pertama “Serulah manusia ke jalan Tuhanmu”;
    1) Menyeru manusia memerlukan keikhlasan di dalam hati. Seperti sabda Nabi SAW,
    إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه
    Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung pada niatnya. Dan Setiap orang itu mendapat sesuai dengan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul dia akan dapat hijrah kerana Allah dan rasul, barangsiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dinikahinya (dunia) dia akan dapat apa yang dia inginkan.” (riwayat Bukhari & Muslim)
    Keikhlasan yang dimaksudkan dapat dibuktikan dengan cara meluruskan niat dan mengajak manusia kerana Allah SWT.
    2) Menyeru manusia kepada Allah SWT, bukan kepada diri sendiri atau tokoh-tokoh tertentu.
    Orang yang menyeru manusia agar mengikutinya akan lahir pada hati dan jiwanya perasaan asy-syuhr (tak pasti), yakni pentingkan diri sendiri. Dia seolah-olah melihat dirinya sempurna.
    Kedua: Serulah dengan al-hikmah.
    Menurut Al-Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah di dalam Madariju As-Saalikin, al-hikmah ini terkandung padanya tiga perkara; 1) al-‘ilmu, 2) al-hilmu, 3) al-anah.
    1)          Al-ilmu. Apabila kita menyeru manusia, menegur atau menasihati mereka, kita perlu ada persediaan dan persiapan ilmu. Jangan menegur manusia tanpa persiapan dan terus menghukum “Perbuatan kamu ini salah, solat kamu salah”. Manusia akan bertanya mengapa salah. Jika kita memberi jawapan ustaz kita mengatakan salah, orang yang ditegur juga mempunyai ustaz, ustaznya mengajar begitu.
    Sebab itu perlu adanya persediaan ilmu, setidak-tidaknya perlu memiliki beberapa alasan yang difahami, dan dapat berhujah menggunakan alasan-alasan tersebut. Janganlah pergi secara semberono. Sesetengah penuntut ilmu apabila mereka mengetahui sesuatu perkara yang baginya baru, dia merasa sangat teruja dan terus menceritakannya kepada orang di sekelilingnya, sedangkan dia belum bersedia dengan ilmu.
    Ilmu tidak lain tidak bukan mestilah berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang sesuai dengan kefahaman salaf. Ia merupakan asas dan sumber ilmu. Dan apabila disebut perkataan ilmu,
    العلم هو إدراك الشيء على ما هو عليه إدراكاً جازماً
    “Ilmu adalah mengetahui sesuatu sesuai dengan hakikatnya dengan pengetahuan yang bersifat pasti.”
    Ilmu mesti memiliki hujah dan dalil. Sekiranya ada orang bertanya dan kita hanya mampu menjawabnya dengan persangkaan atau “rasa-rasa” (perasaan), itu tidak dikategorikan sebagai ilmu. Maka sekiranya kita belum bersedia dengan ilmu, tidak melakukan persiapan, elakkan dahulu dari menegur dan menasihati, kerana kita akan dikategorikan sebagai orang yang tidak berhikmah di dalam berdakwah.
    2)    Al-hilmu boleh diterjemahkan sebagai kebijaksanaan atau kecerdikan. Sesetengah pendapat menterjemahkan al-hilm dengan kelembutan semata-mata. Terjemahan itu sebenarnya kurang tepat. Sesetengah manusia mempunyai karektor yang keras, ada ketikanya di dalam dakwah harus memiliki sikap keras untuk mengubah atau menginsafkan sebilangan jenis manusia, di mana pada situasi dan keadaan itu teguran kurang sesuai dilakukan secara lembut.
    Seperti sikapnya Umar al-Khatthab RA. Adakah kita boleh mengatakan Umar Al-Khatthab RA tidak berhikmah, kerana tercatat di dalam sejarah bahawa beliau merupakan sosok yang tegas dan ditakuti musuh. Malah di kalangan para sahabat sendiri seperti Hisyam bin Zakwan dan Abu Hurairah radhiallahu’anhuma telah beberapa kali dipukul olehnya.
    Abu Hurairah RA pernah membacakan hadis yang beliau terima daripada Nabi SAW,
    من قال لا إله إلا الله دخل الجنة
    Maksudnya: “Barangsiapa yang menyebut La ilaaha illallah masuk syurga.”(sahih)
    Bersabda Nabi SAW kepada Abu Hurairah RA agar beliau memaklumkan berita gembira itu kepada orang yang berada di belakang dinding ini.
    Abu Hurairah RA dengan gembiranya hendak memaklumkan berita itu kepada orang ramai. Beliau terserempak dengan Umar RA lalu membacakan hadis tersebut. Sebaik Umar RA mendengarnya, terus ditumbuknya Abu Hurairah sehingga jatuh dan menangis. Umar RA bertanya siapakah yang memaklumkan perkataan tersebut? Abu Hurairah RA menjawab Nabi SAW yang memerintahkannya. Umar RA lantas membawa Abu Hurairah RA bertemu Nabi SAW. Nabi SAW bertanya kepada Umar mengapa memukul Abu Hurairah. Umar berkata, sesungguhnya umat Islam masih hijau lagi Islamnya, dibimbangi mereka bermalas-malasan.
    Ini pandangan Umar RA. Adakah kita katakan sikap Umar ini tidak berhikmah? Tidak, adakala ketegasan itu memberi kesan positif kepada dakwah. Ketika Umar RA memeluk Islam, beliau dengan berani telah keluar ke khalayak umum dan berkata, “Siapa yang ingin anaknya yatim dan isterinya menjadi balu, marilah ke sini.” Disebabkan itu Nabi SAW pernah berkata, ‘izzah (kemuliaan) Islam itu terserlah apabila Umar Al-Khattab memeluk Islam.
    Jadi ketegasan dan kelembutan, kedua-duanya perlu ada dan diseimbangkan. Nabi SAW sendiri ada masanya baginda bersikap tegas, dan ada ketikanya baginda bersikap sangat lembut, sehingga sabda baginda SAW memberi permisalan,
    إني لأعطي الرجل وغيره أحب إلى منه خشية أن يكبه الله في النار
    Maksudnya: “Sesungguhnya hampir saja aku memberi hadiah kepada seorang lelaki sedangkan di sana ada lelaki lain lebih aku cintainya kerana aku takut Allah SWT campakkan wajahnya ke dalam neraka.” (riwayat Bukhari)
    Begitulah juga sikap sahabat-sahabat Nabi yang lain. Maka sikap bijaksana perlu ada di dalam berdakwah. Bijaksana di dalam mengatur strategi, bijaksana mengawal perasaan, bijaksana dalam memilih masa dan keadaan yang sesuai untuk menyampaikan dakwah. Sebagai contoh, harus gunakan kebijaksaan ketika berhadapan dengan dua orang yang sedang bertengkar, teman yang sedang mengalami tekanan dan kemurungan, dan sebagainya.
    Da’i perlu bijak memilih keutamaan
    Para da’i juga hendaklah pandai memilih isu yang perlu didahulukan dalam menegur dan menasihati. Apabila berhadapan dengan seorang lelaki pelaku maksiat, pada masa yang sama bertatoo, kaki minum arak, memasang tangkal. Banyak isu yang perlu diperbaiki pada batang tubuhnya. Maka yang mana harus diberi keutamaan?
    Jika ditegur kesemuanya serentak, kebarangkalian tinggi dia akan lari. Kita harus memulakan dan memberi fokus kepada pembetulan akidahnya terlebih dahulu, kerana itulah asas agama.
    Setelah dia mengenal akidah dan membuang tangkalnya, dekat dia kepada Allah SWT, fahamkanlah dia konsep ketuhanan, seterusnya barulah kita mengingatkan dia, “Anda sudah beriman kepada Allah, beriman kepada Laa ilaaha illallah. Syarat-syaratLa ilaha illallah ada tujuh seperti yang disebut oleh sebahagian ahli ilmu -sebagai ringkasan agar mudah difahami; 1) ilmu, 2) keyakinan pada kalimah tersebut, 3) keikhlasan pada kalimah tersebut, 4) membenarkan kalimah tersebut, 5) kecintaan kepada kalimah tersebut, 6) berpegang teguh pada kalimah tersebut, 7) terima segala sesuatu yang datang setelah penyebutan kalimah tersebut.
    Anda sudah mengatakan La ilaha illallah, jadi sekarang anda harus mengikuti syaratnya. Allah SWT menyuruh kita berbuat begini, Nabi SAW menyuruh berbuat seperti ini” dan seterusnya, melihat pada keutamaan.
    Proses seperti ini memerlukan para da’i untuk kembali kepada kebijaksanaan di dalam membetulkan keadaan dan mendidik manusia yang diseru.
    3)   Al-anah. Menurut Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah, al-anah ialah kesabaran iaitu dakwah harus dilakukan secara berperingkat. Janganlah para da’i tergopoh gapah. Kegagalan dakwah pada hari ini boleh jadi disebabkan sikap tergesa-gesa dan tidak sabar para pendakwah. Apabila menyampaikan teguran, mereka mahu orang tersebut berubah pada hari itu juga.
    Maka pendakwah akan berada di dalam keadaan tertekan disebabkan manusia yang diajak ke arah kebaikan itu tidak berubah setelah dakwah disampaikan dengan cara yang terbaik, lengkap berdalilkan Al-Quran dan hadis.
    Jika disoroti sejarah para Nabi, konflik yang Allah SWT bentangkan di dalam Al-Quranul Karim; di mana Nabi Nuh ‘alaihissalam anak dan isterinya tidak menerima dakwahnya. Kebanyakan kita pergi berdakwah kepada orang lain dahulu. Anak isteri dibiar kemudian. Orang lain lebih penting.
    Adapun Nabi Luth ‘alaihissalam isterinya juga tidak menerima dakwah baginda. Nabi Musa ‘alaihissalam diuji juga apabila ayah angkat yang memeliharanya sejak kecil menentang dan memusuhi dakwahnya. Nabi Muhammad SAW, diuji dengan kekufuran bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Lahab, juga Abu Thalib yang amat sayang dan kasih padanya. Ingatlah firman Allah SWT,
    إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء وهو أعلم بالمهتدين
    Maksudnya: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (surah Al-Qashash, 28: 57)
    Bersambung bahagian 2

    Sunday 30 December 2012




    BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 DIBAYAR MULAI 15 JANUARI 2013 

    Berita baik buat ibubapa yang mula mendaftar anak-anak ke sekolah rendah hingga ke tingkatan 5. Ini kerana, lanjutan dari pemberian bantuan awal persekolahan RM100 2012, tahun ini bantuan ini diteruskan.

    Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan dan juga kaedah pembayaran. Sekian terima kasih.

    bantuan+rm100+sekolahbantuan+sekolah+rm100





    Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
    1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

    2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

    3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

    4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

    5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

    6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

    7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

    8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

    9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

    10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

    11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.





    hari pertama sekolah
    Jadual persekolahan 2013  telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).
    • Sekolah akan dibuka pada 2hb Januari 2013 ( Rabu ) bagi negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor , Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak
    • Sekolah akan mula dibuka pada 1hb Jamuari 2013 ( Selasa )   bagi negeri  Kedah, Kelantan dan Terengganu  .
    Takwim Sekolah 2013 ini sebenarnya sangat penting bagi saya yang ahli keluarganya bertaburan serata negara untuk merancang waktu sesuai untuk berkumpul.  Orang yang merancang untuk buat majlis perkahwinan pun biasanya berpandukan cuti sekolah juga.

    Semak cuti umum 2013  di sini  Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013
    Perincian Persekolahan Mengikut Penggal :  Kumpulan A  ( Sekolah – sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu )
    jadual sekolah kedah kelantan dan terengganu
    Jadual Persekolahan 2013 untuk negeri Kedah, Kelantan & Terengganu
    • Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2013 ( Ahad & Isnin )
    • Hari Raya Puasa - 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
    • Hari Raya Qurban - 15 Oktober 2013  (Selasa)
    Perincian Persekolahan Mengikut Penggal :  Kumpulan B ( Sekolah -sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuah dan Putrajaya )
    Jadual Persekolahan 2013 untuk negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekuturan, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah & Sarawak
    Negeri yang bercuti Tahun Baru 2013 :
    Negeri-negeri yang bercuti pada 1hb Januari ( Tahun Baru 2013 )  - W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor sahaja.
    Johor, Kedah, kelantan, Perlis dan Terengganu tidak bercuti pada Tahun Baru 2013. – rujukan : www.kabinet.gov.my